DEFINISI GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN
Era globalisasi meletakkan Malaysia berhadapan dengan pelbagai
cabaran. Untuk menjadi sebuah Negara membangun sepenuhnya, Malaysia perlu
meningkatkan daya saing dan meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia.
Sebelum kita menyelami segala perihal berkaitan globalisasi, adalah lebih baik
kita memahami maksud sebenar globalisasi. Berdasarkan gambar rajah di
bawah ada sedikit maklumat berkaitan dengan definisi globalisasi dalam pendidikan.
gambar rajah 1
gambar rajah 1

Globalisasi berasal
daripada perkataan Bahasa Inggeris iaitu globalization juga perkataan
globalisasi diungkap menerusi Bahasa Perancis iaitu perkataan monodialisation yang
mana semuanya bermaksud ‘seantero dunia’.
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ( 1986) telah
mentafsirkan global bermaksud mengenai dunia seluruhnya atau pada
keseluruhannya dan pada umumnya.Manakala, globalisasi pula bererti fenomena
yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan
kepantasan perkembangan teknologi maklumat.
Scholte (2000), menyatakan globalisasi ialah proses
menyingkirkan batasan atau sekatan kerajaan mengenai pergerakan antara negara
supaya mewujudkan satu ekonomi dunia yang terbuka dan tanpa sempadan.
Berdasarkan himpunan penulisan dan pandangan bekas Perdana
Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamed sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri
Malaysia telah mengingatkan agar masyarakat Malaysia tidak dipengaruhi dengan
arus globalisasi sehingga berjaya menghancurkan mereka, sebaliknya kita perlu
membina kekuatan dan menangkis unsur-unsur negatif yang membawa kesan buruk
kepada kita.
Kita sedia maklum bahawa dengan globalisasi perkembangan yang signifikan
dapat dicapai dan ianya berfokus kepada profesion keguruan yang semakin
mencabar di negara ini.
PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN MELALUI GLOBALISASI
Dengan globalisasi yang semakin rancak menguasai dunia-dunia
dalam pelbagai bidang seperti politik, sosial, pendidikan dan ekonomi ianya
memberikan kelebihan menerusi perkembangan profesionalisme keguruan dalam
bidang pendidikan khasnya. Berdasarkan gambar rajah di bawah terdapat lima
perkembangan yang jelas diperoleh menerusi globalisasi.

Meluaskan peluang kepada
guru dalam perkhidmatan dan guru dalam latihan dari aspek pendidikan guru dan
peningkatan taraf profesionalisme. Ini dilihat menerusi adanya peluang
melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang yang ditawarkan bagi memantapkan diri
dengan ilmu dan kemahiran dalam sesuatu tempoh yang telah ditetapkan mampu
meningkatkan lagi taraf profesionalisme keguruan.
Selain itu, menerusi
globalisasi ianya dapat meluaskan pengetahuan guru secara global. Seperti yang
kita tahu, guru perlu sentiasa mengekalkan nilai intelektualnya kerana guru
merupakan agen perubahan dalam menghasilkan produk berkualiti atau modal insane
yang diperlukan di Negara kita. Guru perlulah peka dengan perkembangan semasa
kerana selain tanggungjawab menyalurkan ilmu kepada murid, guru menjadi sumber
rujukan dan teladan bagi masyarakat di sekeliling.
Dengan globalisasi guru
dapat meningkatkan kemahiran ICT dan interaksi global yang mana ianya meluaskan
konsep pembelajaran mengatasi bilik darjah. Contohnya, dengan kemahiran
teknologi maklumat dan komunikasi, guru dapat melaksanakan proses pengajaran
dan pembelajaran yang merentasi penyediaan pengalaman murid tanpa terbatas.
Contohnya, murid berpeluang melihat keadaan gunung berapi, keadaan di kutub
utara dan menyelami di dasar laut menerusi carian laman video pendidikan di
internet.
Meluaskan lagi program
pensiswazahan guru bagi memperbaiki taraf kualiti dan taraf profesionalisme
guru setanding dengan guru-guru di negara luar agar produk yang dihasilkan
mampu membangunkan negara kita dengan lebih maju dan berjaya.
Dengan globalisasi ianya
meletakkan profesion keguruan sebagai satu profesion yang penting. Ini kerana
berjayanya sesebuah negara adalah dengan berjayanya negara itu menghasilkan
modal insan berguna yang akan membangunkan negaranya setaraf dengan negara maju
yang lain.
CABARAN GLOBALISASI DALAM
PENDIDIKAN
Menerusi pandangan bekas
Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamed sewaktu beliau menjadi Perdana
Menteri Malaysia mengenai dunia globalisasi terdapat sebanyak lima cabaran asas
terhadap dunia globalisasi seperti yang dilihat menerusi rajah di bawah.

gambar rajah 2
Dalam membincangkan
keperluan perubahan dari aspek bidang pendidikan dalam era globalisasi, pihak
UNESCO telah mencadangkan untuk merombak cara-cara membangunkan potensi sumber
manusia melalui tata cara pendidikan secara formal dan tidak formal. Menurut
Hussein Ahmad ( 2001) menyatakan supaya diperbanyakkan institusi latihan dan
pendidikan bagi orang-orang dewasa yang sudah mempunyai kerjaya untuk membangun
dan mengembangkan potensi sumber manusia bagi membolehkannya memberi sumbangan
lebih bermakna kepada pembangunan negara dan juga perkembangan diri individu
itu sendiri. Ini bermakna mereka akan mempersiapkan diri dengan ilmu dan
kemahiran yang perlu dikuasai bagi menghasilkan produk berkualiti sesuai dengan
peraliran semasa yang mana menuntut kecekapan dan kesiap siagaan yang tinggi
dalam berhadapan dengan pelbagai kemungkinan era globalisasi kini.
Selain itu, Malaysia
tidak dapat mengelak daripada menghadapi cabaran tersebut sebagai kesan
daripada arus globalisasi. Hallinger (1998), menegaskan globalisasi telah
mendorong berlakunya anjakan paradigma yang amat ketara di kebanyakan negara
dalam konteks untuk mencari makna terhadap kualiti pendidikan dan juga
kurikulum yang ditawarkan. Ini bermaksud, terdapat perubahan kurikulum terutama
dari segi strategi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran telah diperkenalkan
seperti:
1. Sekolah Bestari:
Tumpuan kepada proses pengembangan dan pemupukan pembelajaran dengan
menggunakan komputer dan penggunaan multimedia.
2. Projek Sekolah
Net: Penggunaan komputer peribadi dan persekitaran Local Area Network (LAN).
Guru berfungsi sebagai penerima maklumat sesuatu bahan kurikulum dan
pembelajaran daripada luar dan kemudian menyalurkannya kepada pelajar. Ini
memberi peluang kepada pelajar mendapat kemahiran dan maklumat sesuai dengan
keupayaan mereka dan aplikasi pelbagai stail pembelajaran.
3. Projek Smart Lab:
Menggunakan jaringan komputer bagi membolehkan pelajar mengakses ilmu dan
maklumat daripada pelbagai sumber dengan guru berfungsi sebagai pemandu,
pelayar dan pemudahcara.
4. Projek Sekolah Vista:
Perisian aplikasi bagi pengurusan bilik darjah untuk pengajaran dan
pembelajaran. Ini bagi membolehkan guru menguruskan bilik darjah dengan
berkesan dan memberi peluang kepada pelajar berkomunikasi secara elektronik
dengan rakan dan guru.
Tambahan pula,
perkembangan dari segi penggunaan teknologi maklumat, kurikulum di Malaysia
juga telah disemak semula dan diberi nilai tambah supaya kurikulum tersebut
adalah relevan dan berupaya untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran tertentu
bagi menghadapi persekitaran global setelah mereka melepasi alam persekolahan.
Cabaran ketiga ialah
dalam pengurusan pendidikan. Dalam hal ini, pengurusan pendidikan telah
mengalami transformasi dalam perkembangan dunia global terutama dari segi
penggunaan teknologi telekomunikasi dan pengkomputeran. Beberapa perisian baru
telah diaplikasikan yang dikenali sebagai Pengurusan Maklumat Sekolah (School
Management Information System) bagi meningkatkan kecekapan
dalam pengurusan pendidikan. Dengan aplikasi tersebut ianya sedikit sebanyak
membantu dalam pengurusan pendidikan seperti:
- Membantu dan
mempermudahkan pengurus sekolah membuat keputusan.
- Meningkatkan kecekapan
pengurusan dan pentadbiran.
- Mengurangkan beban
pengurus dalam melaksanakan tugas yang pelbagai.
- Meningkatkan kecekapan
sistem pengurusan fail.
- Memudah dan menjimatkan
masa dari segi mengumpul, memproses dan
menyimpan data
seperti laporan kehadiran pelajar.
-Meningkatkan kecekapan
dalam penyediaan gred/markah peperiksaan
pelajar.
- Penempatan pelajar
dalam kelas.
-Membuat agihan jadual
waktu mengajar guru.
-Pembinaan jadual waktu
guru.
- Membuat agihan sumber
kewangan, buku teks, dan sebagainya.
-Menyimpan data mengenai
stok dan inventori sekolah serta pelbagai
urusan rutin
yang dikendalikan pentadbir
dan guru.
(Rahmad Sukor, 2006)
Hussein Ahmad (2001)
memberi penegasan bahawa proses globalisasi yang melanda dunia telah membawa
perubahan yang mendadak kepada perlakuan hidup dan norma kehidupan manusia di
seluruh dunia. Sama ada sesebuah negara itu kecil atau besar, pedalaman benua mahu
pun di kepulauan kecil, di pergunungan tinggi mahu pun di lereng, kaki dan
lembah bukit, kesemuanya telah menerima tempias dan pengaruh fenomena
globalisasi. Kesan yang paling ketara akibat pengaruh globalisasi adalah
perubahan gaya hidup terutama dalam kalangan anak-anak remaja di bangku sekolah
yang begitu terpengaruh dengan amalan negatif kehidupan Barat. Oleh itu, aspek
berkaitan keperibadian guru, budaya sekolah dan aktiviti-aktiviti kokurikulum
kerana perkara tersebut memberi impak tersendiri dalam pembentukan moral
pelajar seperti di bawah:
1. Keperibadian guru:
Guru perlu menampilkan perawakan yang positif terutama ketika proses pengajaran
dan pembelajaran. Perwatakan guru yang jujur, amanah, bersopan santun,
penyayang, penyabar, sedia memberi pertolongan, sedia berkorban dan berdedikasi
perlu diterampilkan supaya dapat menjadi contohan pelajar. Guru juga perlu
membawa watak orang yang taat kepada amalan agama.
2. Budaya sekolah: Budaya
sekolah yang mempraktikkan sikap amanah, ketekunan, cintakan kecemerlangan,
berkasih sayang, bertolong bantu, kesantunan akhlak dan mengamalkan kehidupan
beragama adalah elemen-elemen yang perlu dihidupkan dan dihayati secara
berterusan. Aspek tersebut merupakan nilai yang seharusnya diberikan perhatian
secara bersungguhsungguh oleh pihak pentadbiran sekolah
3. Aktiviti kokurikulum:
Aktiviti seperti pakaian beruniform, persatuan, kelab dan kegiatan sukan dapat
memberi input penting kepada pembentukan sahsiah pelajar. Aktiviti yang
dijalankan melalui pemantauan guru akan menyuburkan sikap positif terhadap
semangat bekerjasama, berdikari, tolong menolong, semangat cinta akan negara
dan berdisiplin.
Cabaran kelima yang wujud
dalam globalisasi dalam pendidikan ialah perkembangan profesionalisme guru.
Satu perbahasan relevan tentang globalisasi ialah pengkajian mengenai kesan
globalisasi terhadap perkembangan profesionalisme keguruan. Usaha yang dilihat
menerusi cabaran globalisasi dalam perkembangan profesionalisme keguruan ialah
dapat meningkatkan kualiti guru sama ada dari segi kelayakan akademik,
kepakaran dalam pengajaran, kualiti professional dan kualiti personal atau
kepimpinan guru dalam organisasi sekolah dan masyarakat, meluaskan pengetahuan
guru bersifat global, kemahiran ICT dan interaksi global membolehkan guru
meluaskan konsep pembelajaran mengatasi halangan bilik darjah dan birokrasi
sekolah, meluaskan peluang kepada guru perkhidmatan dan guru-guru dalam latihan
dari segi pendidikan guru dan peningkatan taraf profesionalisme dan sebagainya.
Kesimpulannya, masyarakat
masa kini sangat prihatin dan mengikuti perkembangan pendidikan dengan
penuh minat dan bersikap kritikal terhadap isu-isu berbangkit yang berkaitan
dengan kemajuan anak-anak mereka. Pihak perancang pendidikan perlu melihat
isu-isu dan cabaran yang berbangkit secara menyeluruh dan komprehensif.
Menyelesaikan masalah secara runcitan dan memberi tumpuan kepada aspek tertentu
dan mengurangkan tumpuan kepada aspek lain akan menghalang pelaksanaan
pendidikan kita terutama bagi memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan
itu sendiri.
KRISIS GLOBALISASI DALAM
PENDIDIKAN
Satu perancangan yang
lebih baik boleh dilakukan dengan mengkaji krisis pendidikan global yang mana
ianya mendedahkan guru dengan pengetahuan yang berlaku di negara-negara lain.
Kebanyakan Negara membangun mengalami kesan negatif globalisasi bagi membangun
dan memajukan bidang pendidikan. Globalisasi memberikan kesan buruk terhadap
keadaan ekonomi Negara membangun, di samping perdagangan pendidikan dan budaya
dari Negara-negara Barat yang menguasai pasaran pendidikan di negara membangun.
Antara krisis pendidikan global dapat dilihat menerusi gambar rajah di bawah.

Krisis kewangan timbul
apabila negara membangun menimbulkan masalah membiayai perbelanjaan untuk
pembangunan pendidikan. Ini termasuklah penyediaan kemudahan pendidikan seperti
menyediakan peluang pendidikan untuk semua, bantuan pendidikan buku teks,
menyediakan sekolah dengan infrastruktur lengkap, pendidikan literasi komputer
dan sebagainya.
Selain itu, program
twinning iaitu program kembar pendidikan diperluaskan melibatkan institusi
pendidikan membangun dengan negara maju. Apa yang pasti, program seperti
ada kepentingan kerana pengetahuan dan kemahiran tertentu dipindahkan kepada
tenaga pengajar di negara ini seperti latihan kepakaran dalam bidang perubatan,
biodiversiti dan kejuruteraan.
Persaingan untuk
memantapkan kualiti diri dengan kepakaran dalam sesuatu bidang dan kemahiran
tertentu akan menghasilkan produk pendidik yang setaraf dengan pendidik di
negara luar. Persaingan adalah suatu dorongan untuk perubahan dan kemajuan yang
penting dalam era globalisasi.
Tambahan pula, dalam
profesion keguruan, nilai intelektual perlu dipertahankan dan sentiasa
dipertingkatkan kerana warga pendidik merupakan agen dalam membentuk modal
insan yang berkualiti. Ini bermakna, guru perlu sentiasa ke hadapan dalam
mendidik dan memimpin masyarakat kea rah perubahan dan kemajuan.
Krisis pendidikan global
seperti jurang pendidikan juga menimbulkan kebimbangan. Ini kerana pelaburan
yang rendah dalam bidang pendidikan di negara membangun dan persaingan global
meningkatkan perbelanjaan pendidikan yang mana ianya menyulitkan untuk usaha ke
arah merapatkan lagi jurang pendidikan.
PERANAN
INSTITUSI KELUARGA DAN SEKOLAH DALAM MEMBINA KEMAHIRAN 7M BERDASARKAN
GLOBALISASI

Dunia sekarang sedang
menghadapi era globalisasi yang kian memuncak. Keterbatasan dalam memantau
penerimaan ledakan sumber dan bijak menapis serangan unsur-unsur perlu
dilaksanakan dengan segera agar kita tidak jatuh dalam arus globalisasi.
Globalisasi jika dilihat memberikan manfaat dan juga keburukan kepada kita
andai kita tersalah membuat pilihan dan keputusan.
Semua pihak perlulah
sama-sama bertanggungjawab dalam usaha memelihara kemajuan yang tercipta tanpa
perlu kecundang disebabkan tewas dalam globalisasi. Peranan sesebuah institusi
keluarga dan sekolah amat penting dalam membantu membina kemahiran-kemahiran
yang seharusnya dikuasai murid berdasarkan globalisasi.
Kemahiran pertama
ialah menulis, di mana kemahiran literasi asas komunikasi dan menyampaikan idea
secara tulisan dapat dikuasai oleh kerana menerusi penulisan, seseorangitu
boleh mengeluarkan idea, perasaan, menyampaikan maklumat dan sebagai alat
perhubungan sosial.
Kemahiran kedua ialah
membaca, yang mana kemahiran literasi menimba ilmu melalui bahan-bahan bercetak
perlu diterapkan sejak dari bangku sekolah agar murid-murid memperoleh
pengalaman dan ilmu menerusi bahan-bahan ilmiah yang dibaca. Membaca jambatan
ilmu. Dengan melazimkan diri dengan aktiviti membaca sudah menerapkan
nilai-nilai murni secara tidak langsung menerusi kandungan bahan yang dibaca.
Kemahiran ketiga, mengira
merupakan kemahiran literasi asas mengoperasikan otak secara abstrak tentang
hukum sains dan alam semesta. Segala yang dilalui dalam kehidupan seharian
melibatkan kita dengan hukum sains dan alam semesta. Cuba bayangkan seandainya
anak-anak kita tidak menguasai kemahiran mengira, adakah mereka mampu untuk
menguruskan kehidupan mereka secara sendiri kelak? Contohnya, jika tidak
menguasai konsep asas nombor, bagaimana murid dapat menyelesaikan masalah
melibatkan nilai nombor yang lebih besar? Kemahiran mengira merupakan kemahiran
yang penting di samping perlunya kita menguasai kemahiran-kemahiran yang lain.
Kemahiran keempat,
kemahiran memikir. Dalam kemahiran ini, guru dan ibu bapa berperanan untuk
menyediakan peluang dan ruang untuk murid-murid berfikir tentang sesuatu
perkara dan melatih mereka untuk mengolah dan melontarkan idea menerusi
kemahiran berfikir yang diaplikasikan.
Kemahiran kelima ialah
kemahiran menggunakan komputer. Jika dilihat sekarang, penggunaan komputer
dalam membantu memudahkan pengurusan harian, mencari maklumat dan sebagai alat
pengajaran yang berkesan. Kemahiran menggunakan komputer perlu diterapkan
dan didedahkan kepada anak-anak muda sekarang agar perkara seperti ‘fobia
komputer’ dapat dielakkan.
Kemahiran keenam ialah
kemahiran menjadi manusia. Dalam kemahiran ini, perlunya individu diajar untuk
menjadi individu yang boleh berinteraksi bersama orang lain secara positif.
Dengan kemahiran komunikasi yang baik seperti kesantunan tingkah laku dan
kesantunan berbahasa membuatkan kita sentiasa dihormati dan hidup dalam keadaan
yang harmoni.
Kemahiran ketujuh ialah
kemahiran mencintai Tuhan. Dalam hidup kita, keredhaan Ilahi adalah sesuatu
yang penting kerana hidup dalam keadaan dicintai Tuhan dan mendapat keredhaan
menghasilkan dengan kejayaan dalam segala aspek dan memperoleh ketenangan yang
sukar diterjemahkan. Kemahiran mencari dan menggunakan ilmu agama dalam proses
mendapatkan keredhaan dan kecintaan Tuhan buat setiap hambanya, manusia harus
sentiasa tersemat dalam diri setiap individu.
KESAN GLOBALISASI DALAM
PENDIDIKAN
Berdasarkan definisi
globalisasi pendidikan, cabaran globalisasi dalam pendidikan, krisis pendidikan
global dan sebagainya sebagaimana yang telah dinyatakan di ruangan sebelumnya,
apakah kesan yang dapat kita kenal pasti terhadap globalisasi dalam pendidikan?
Adakah memberi kesan baik sahaja atau member kesan buruk semata atau memiliki
pro dan kontranya iaitu kesan baik dan buruk melalui globalisasi dalam
pendidikan.
Globalisasi dalam
pendidikan memberikan kesan positif dan negatif. Apakah kesan
positif yang dapat diberikan melalui globalisasi dalam pendidikan?
Antaranya ialah:
·
- budaya
pembelajaran sepanjang hayat
·
- kebolehan
berkomunikasi dalam bahasa ibunda dan bahasa antarabangsa
·
- menguasai
kemahiran teknologi untuk keperluan pekerjaan dan kehidupan seharian
·
- pendidikan
Negara terbuka kepada dunia luar
·
- perubahan
peranan guru dalam bilik darjah
·
- peluang
pendidikan terbuka luas
·
- persaingan
sihat dalam meningkatkan mutu pendidikan dan inovasi
·
- perkongsian
sumbangan hasil penyelidikan tentang pengajaran dan pembelajaran
Terdapat
beberapa kesan negatif melalui
globalisasi dalam pendidikan iaitu:
·
- kadar
pengangguran semakin meningkat
·
- pengaliran
keluar sumber manusia yang berkepakaran ke luar negara
·
- meminggirkan
Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda
·
- perdagangan
pendidikan
·
- penyebaran
sumber-sumber yang tidak bersesuaian dengan intelek dan rohani
·
- berlaku
penindasan dalam merampas peluang dan sumber bagi kemajuan sistem pendidikan
sesebuah negara
·
- pemantauan
mendalam dari aspek permasalahan antisosial

Oleh itu, biarpun ianya mempunyai kesan positif dan negatif, ianya adalah
tanggungjawab individu dalam membuat pilihan bijak sama ada ingin memilih
sumber yang bersesuaian atau sebaliknya. Tambahan pula, sebagai pendidik
perlunya pemilihan dibuat dalam mencedok ilmu dan sumber maklumat yang
bersesuaian untuk disalurkan kepada murid-murid ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah agar nilai-nilai negatif tidak dapat diterapkan
dalam diri murid-murid.
IMPAK
GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN
Globalisasi meluaskan
konsep dunia tanpa sempadan memberikan cabaran terhadap guru bagaimana
perancangan pembelajaran dan dunia pendidikan boleh dimajukan dari perspektif
global yang melibatkan penyesuaian kurikulum, penjadualan belajar, penerokaan
maklumat melalui ICT, pengawalan dan penyeliaan, serta peranan efektif guru dalam
memajukan dunia pendidikan.
Seperti yang ditunjukkan
dalam gambar rajah 7, ada dinyatakan tentang impak globalisasi dalam pendidikan
di mana rajah di sebelah kiri merupakan sebab yang berlaku menerusi globalisasi
dan rajah di sebelah kanan menunjukkan akibat daripada globalisasi dalam
pendidikan.

Lambakan sumber
maklumat dalam Bahasa Inggeris dan bahasa antarabangsa yang mudah diperoleh
menerusi kecanggihan teknologi maklumat menghasilkan penggunaan bahasa
Inggeris dan bahasa antarabangsa sebagai bahasa ilmu. Ini kerana, kebanyakan
bahan penyelidikan dan sumber lain maklumat menggunakan Bahasa Inggeris dan
bahasa antarabangsa. Ini secara langsung, menjadi kelaziman individu
menjadikan Bahasa Inggeris dan bahasa antarabangsa sebagai bahasa ilmu utama.
Selain itu, dengan
globalisasi, penggunaan teknologi maklumat dalam sesi pembelajaran dan
pengajaran sering diaplikasikan. Ini membuatkan murid-murid dan guru dapat
menguasai ledakan maklumat dan menambah pengalaman murid. Jika pada masa kini
tiada pelaksanaan pembelajaran menggunakan teknologi maklumat di dalam bilik
darjah, adalah sukar untuk guru menyalurkan ilmu dan pengalaman berkaitan
persekitaran yang sukar untuk disediakan. Contohnya, keadaan di dasar laut,
suasana di kutub utara dan melihat bagaimana gunung berapi meletus. Dengan
kecanggihan teknologi maklumat, murid berpeluang melihat dan meneroka
pengetahuan baru yang terbatas melalui video, paparan slide dan sebaganyai.
Dengan globalisasi
dalam pendidikan, mewujudkan lebih banyak institusi pengajian tinggi swasta
yang mana memberikan kesan ke atas semua individu untuk mendapatkan peluang
pendidikan yang sama rata. Secara tidak langsung, pembangunan negara semakin
meningkat melalui penghasilan produk berkemahiran dan pakar dalam sesuatu
bidang.
Pembudayaan teknologi
dalam pelaksanaan harian membuatkan urusan kita menjadi lebih mudah dan lebih
bersistematik. Contohnya, penggunaan aplikasi Microsoft Excel, memudahkan
kita untuk menguruskan sesuatu data dan boleh dikemas kini pada bila-bila
masa.
|