
Sek.Keb Bubul II , Semporna, Sabah
Darjah 6

Sekolah Kebangsaan Methodist,Tanjung Malim
Darjah 6.
Kegiatan kokurikulum merupakan aktiviti di luar bilik darjah. Kegiatan
ini terbahagi kepada persatuan, unit beruniform dan permainan.
Murid-murid diwajibkan menyertai aktiviti ini kerana mendatangkan banyak
kebaikan. Menerusi aktiviti kokurikulum, kita dapat menambahkan
pengetahuan. Contohnya, apabila kita menyertai unit beruniform PBSM,
kita dapat mempelajari kaedah rawatan kecemasan. Pengetahuan ini amat
berguna ketika membantu orang yang mengalami kemalangan.
Selain itu, apabila kita menyertai aktiviti kokurikulum, tubuh badan
kita akan menjadi sihat. Contohnya apabila kita menyertai permainan maka
tubuh kita akan mengeluarkan peluh. Tubuh yang sihat akan memudahkan
kita memberi tumpuan pada pelajaran.
Seterusnya, kita
juga dapat memanfaatkan masa lapang dengan baik. Kita tidak akan
terlibat dengan gejala sosial seperti ponteng. Sebaliknya, kita dapat
mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah menerusi aktiviti
kokurikulum.
Akhir sekali, menerusi aktiviti ini kita
dapat memupuk sikap kepemimpinan dalam diri kita. Misalnya, sekiranya
kita dipilih sebagai pengerusi atau setiausaha persatuan maka kita dapat
belajar cara-cara memimpin ahli-ahli persatuan. Maka pengalaman ini
dapat digunakan apabila dewasa kelak.
Kesimpulannya,
kita perlu menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah. Begitu banyak
kebaikan yang boleh kita manfaatkan bersama.

Sekolah Kebangsaan Bangsar, Kuala Lumpur
Darjah 6
Semua sekolah di Malaysia mempunyai undang-undang yang wajib
dipatuhi oleh setiap pelajar. Tujuan adanya undang-undang ini adalah
untuk menjadikan pelajar-pelajar menjadi lebih berdisiplin. Walaupun
saya seorang pengawas di sekolah saya, saya juga tidak terkecuali
daripada mematuhi peraturan sekolah.
Antara
peraturan sekolah yang perlu saya patuhi ialah saya mestilah hadir ke
sekolah dengan mematuhi cara pemakaian uniform sekolah yang telah
ditetapkan oleh pihak sekolah seperti mestilah tampil dengan kemas,
bersih dan tidak melanggar peraturan sekolah. Selain daripada itu, saya
perlu memakai lencana sekolah dan tag nama untuk melambangkan bahawa
saya ialah murid sekolah tersebut.
Pada waktu
rehat, saya mestilah berada di luar kelas bagi mengelakkan tuduhan
berlaku sekiranya kecurian berlaku. Apabila berada di kawasan kantin
saya mestilah beratur untuk membeli makanan bagi mengelakkan berlakunya
tolak menolak antara pelajar. Selain itu, saya mestilah makan di
kawasan kantin sahaja dan membuang sisa makanan ke dalam tong sampah
yang disediakan.
Sebagai murid, saya
tidak boleh membawa barang-barang yang tajam dan berbahaya seperti
pisau lipat dan rokok yang boleh menyebabkan berlakunya kebakaran.
Barang-barang lain yang berunsurkan lucah seperti majalah juga tidak
dibenarkan. Saya juga tidak boleh membawa barangan eletronik seperti
telefon bimbit yang mungkin melalaikan saya semasa sesi pembelajaran.
Itulah antara peraturan-peraturan yang harus saya patuhi
sebagai seorang murid sekolah. Dengan mematuhi peraturan-peraturan
tersebut saya tidak akan dikenakan tindakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan