Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk mengganti kata nama orang.
Kata ganti diri tidak boleh digunakan untuk benda atau binatang. Misalnya:
Kucing itu mati. la dilanggar lori. (salah)
Kucing itu mati dilanggar lori. (betul)
Kata beliau boleh
digunakan hanya untuk orang yang dihormati seperti ibu bapa, guru,
menteri atau orang tua-tua, dan bukan kanak-kanak. Misalnya:
Beliau ditangkap kerana mengedarkan dadah. (salah)
Dia ditangkap kerana mengedarkan dadah. (betul)
Semua kata ganti tidak boleh digandakan atau diulang menjadi *kamu-kamu, *anda-anda, *mereka-mereka, dan sebagainya.
Mereka-mereka yang bersalah akan dihukum. (salah)
Mereka yang bersalah akan dihukum. (betul)
Jika tidak dirawat, mungkin ianya akan lumpuh. (salah)
Jika tidak dirawat, mungkin is akan lumpuh. (betul)
Kata Sendi
Kata sendi ialah
kata yang digunakan bersama-sama dengan frasa nama untuk menghubungkan
frasa nama itu dengan kata-kata lain dalam ayat.
Sebagai kata yang
merangkaikan frasa nama dengan kata adjektif dan kata kerja tak
transitif, kata sendi tidak boleh dilenyapkan. Misalnya:
Ravi suka durian. (salah)
Ravi suka akan durian. (betul)
Kami lalu jalan itu supaya cepat sampai. (salah)
Kami lalu di jalan itu supaya cepat sampai. (betul)
Abang sudah pergi pejabat.(salah)
Abang sudah pergi ke pejabat. (betul)
Kata tanya digunakan
untuk membentuk ayat-ayat tanya.Beberapa contoh kata tanya yang biasa
digunakan ialah apa, bagaimana, berapa, mana, mengapa, dan siapa.
Kesalahan umum dalam penggunaan kata tanya sering berlaku pada kata apa
dan siapa.
Kata tanya apa boleh digunakan hanya untuk menanyakan nama benda atau binatang saja.
Kata tanya siapa pula boleh digunakan hanya untuk menanyakan nama manusia.
Contoh kesalahan dan pembetulan seperti berikut:
Nama kucing ini siapa? (salah)
Nama kucing ini apa? (betul)
Apa nama anak saudara ini? (salah)
Siapa nama anak saudara ini? (betul)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan